PENGENALAN
Rukun
Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang untuk menunaikan haji di Mekah.
Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi
tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua
umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan
risiko kematian dan juga penyakit kritikal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga
menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika
penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.
![]() |
Keistimewaan Pemegang Kad Takaful Link Haji |
DANA SYARIAH MAA TAKAFULINK
Setiap
simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana syariah terpilih MAA Takafulink.
Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi
mengoptimumkan simpanan. Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif
dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang
lain.
PENGECUALIAN CARUMAN
Jika
seseorang penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap
salah satu dari 36 penyakit kritikal, simpanan bulanan penyimpan akan diambil
alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal
sehingga penyimpan meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih
dahulu. Ini bermakna, penyimpan akan menikmati simpanan bulanan secara
percuma jika telah disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.
HIBAH UNTUK WARIS JIKA BERLAKU KEMATIAN
Jika
berlaku kematian terhadap penyimpan sama ada sebelum atau sesudah mengerjakan
fardhu haji, sejumlah wang bantuan sara hidup akan dihibahkan kepada
waris yang telah dipilih oleh penyimpan sebelum kematiannya. Hibah tidak
tertakluk kepada pembahagian faraid dan waris yang layak akan menerima jumlah
sepenuhnya wang yang telah diperuntukkan untuknya tanpa perlu
dibahagi-bahagikan.
TABUNG HILANG UPAYA KEKAL
MAA
Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan tabung kecemasan jika penyimpan
mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh
digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan
tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.
TABUNG PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL
Jika
peserta didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah
manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan
perubatan dan perbelanjaan berkaitan.
ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika
penyimpan dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, penyimpan akan
menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan hospital.
ELAUN PEMBEDAHAN
Penyimpan
akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.
KHAIRAT KEMATIAN
Jika
penyimpan meninggal dunia sama ada sebelum, sedang atau selepas menunaikan
haji, sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi
tujuan pengkebumian atau belanja membawa balik jenazah dari tanah suci Mekah.
UPAH BADAL HAJI
Jika
penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, sejumlah
RM5000.00 akan diserahkan kepada waris bagi tujuan mengadakan upah badal haji
untuk penyimpan yang telah meninggal dunia.
KOMITMEN JANGKA PANJANG
Pelan
simpanan MAA Takafulink Simpanan Haji ini adalah komitmen jangka panjang.
Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara
konsisten untuk satu tempoh yang panjang.
MANFAAT BERGANDA
Walaupun
penyimpan atau waris telah menerima wang hasil dari tabung khairat kematian
atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada
waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil
dari satu pelan simpanan sahaja.
No comments:
Post a Comment